LOVE ALLAH, LOVE PARENTS, LOVE EVERYBODY AND LOVE OURSELVES :)

LOVE ALLAH, LOVE PARENTS, LOVE EVERYBODY AND LOVE OURSELVES :)

Pages

Monday, June 20, 2011

A Night With Many Stars :)

Saya sayangkan malam yang penuh ketenangan ini .
Bintang-bintang berkelipan .
Bulan setia menyinari cahayanya yang indah itu .
Malam yang penuh dengan ketenangan dan takjub pada ciptaan Ilahi .
Saya tenang malam ini . Alhamdulillah .
Seperti kata-kata yang terdapat dalam buku bacaan saya .
Sapalah pagi ini dengan kecerahan dan senyumannya yang indah .
Sambutlah malam dengan keheningan dan ketenangannya .
Jemputlah siang dengan keindahan dan kehangatan sinarnya .
Sesungguhnya terdapat pelbagai nikmat Allah di muka bumi ini .
Nikmatinya dan hargainya dan ucapkanlah alhamdulillah :)
Semoga Allah swt sentiasa merahmati kita semua dan semoga kita sentiasa berada dalam keredhaanNya . Amin amin amin ya Rabbal Alamin .
Assalamualaikum .
Annyeong :)

Monday, June 6, 2011

starlight tears !

hey ! how is it going ? i'm not going too okay . Love makes me die . Why should I die for someone that never loves me ? Kalau org len boleh , knpe tidak aku kan ? Aku pun manusia biasa . Bukan salah dia sume ni berlaku . Tapi salah aku sbb xpnh nk fhm die . Tapi , die xtau yg aku dah cube yg trbest tuk fhm die . Knpe die xhargai sume tu ? And now aku sedar , die langsung tak perlukan aku dlm hidup die . And aku sedar , aku xlayak tuk bercinta pn . I guessed I can be like Jandi . But , Jandi is too lucky than me . Even airmata aku turun pun , aku xrs die akn pluk aku . I do anything for him . Tp knpe die xpnh nmpk sume tu . Maybe ade ramai girl nk kat die , yeah .. yg tu mmg xdinafikan..yg nk kat die tu pn bkn calang2 org.. Die berjaya buat aku rs aku langsung tak diperlukan . Aku mcm sampah . Yes , die brjaya buat aku rs cm aku sampah . Thanx my sunbae ! :'(((

Tuesday, May 31, 2011

Monday, May 30, 2011

Love Lee Dong Wook . Sa-rang-han In-eo


Just want to share with all of my friends :)
He is so handsome and totally handsome !

My Girl OST - Sang-eo-reul Sa-rang-han In-eo (HIGH QUALITY)

This is the best Korean Drama that I've ever watched ! Totally sad love story and fun too :')
LOVE LEE DONG WOOK & LEE DA HAE :)

Sunday, May 29, 2011

Saturday, May 28, 2011

inteam- rabiatul adawiyah

Semoga aku menjadi seorang wanita yang namaku selalu menjadi bualan penghuni syurga..semoga aku menjadi seorang wanita yang tabah dan kuat seperti Rabiatul Adawiyah..Rabiatul Adawiyah yang mana seluruh hidupnya , dia pertaruhkan seluruh cintanya hanya pada Allah swt..semoga aku menjadi wanita yang solehah..insyaAllah..amin..tapi , terlalu banyak dosa yang aku telah buat..layakkah aku menjadi kekasih Allah..terlalu banyak , Ya Allah..Allah Maha Pengampun , Azureen..Selalu mengingati Allah , insyaAllah..Allah akan bantu dan selalu ada..ya , Allah swt akan selalu ada..sabarlah dalam menjalani kehidupan..seluruh kehidupan adalah satu ujian..sabar adalah sifat yang baik dan disukai Allah..tingkatkan keimanan..teguhkan persaudaraan dan tingkatkan amal dan ibadat..semoga dipermudahkan segala urusan bagi kamu , Azureen..amin amin amin..




Kisah Hati - Alyah (Official Video)

Lagu nie buat aku terhenti berjalan seketika dan berfikir..xsemua cinta akan bersatu..apa yg aku tahu itu , aku akan simpan..semoga dia terus bahagia dengan rahsia itu..lagu ni aku tujukan pada pasangan2 yg sdg dilamun cinta..mencintai tak semestinya memiliki..redha dgn ketentuan Ilahi dan terima segalanya..sesungguhnya , Allah swt adalah sebaik2 perancang..Allahu Rabbi..


Friday, May 27, 2011

Sekadar renungan..

Kata-kata ini saya petik dari blog orang lain juga..kerana terlalu suka membaca , saya ingin meletakkan di blog saya pula..sekadar renungan bersama..hehe..izinkan saya berkongsi semua kata-kata ini bersama anda semua :)

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

The Ariez - Khalimah Cinta_VideoKlip

~Menceriakan telinga di siang hari..cinta saya hanya pada Allah swt , mak , abah , abang , nenek dan juga rakan-rakan saya :)



Rindu sgttt kat Adik :'(

Rindu sgttt kat Adik :'(
Moga Allah satukan kami kembali. Amin.

Pendek ! XD

Pendek ! XD

Family ! Rindu :)

Family ! Rindu :)

Kak Long, Kak Ngoh, Urengg, Anim, Acad ! :)

Kak Long, Kak Ngoh, Urengg, Anim, Acad ! :)

Acad and Danish :')

Acad and Danish :')

Sahabatku di Terengganu :)

Sahabatku di Terengganu :)

PinguRoniey ! :)

PinguRoniey ! :)